Bagaimana Peel Away Ads dapat meningkatkan jualan anda?
Peel Away Ads merupakan senjata rahsia ramai affiliate marketer tersohor dunia. Mereka mempunyainya, menggunakannya dan secara terang-terangan berada di blog utama mereka.
Tetapi, yang peliknya, mereka tidak bercakap mengenainya.
Seperti ada sesuatu yang menghalang mereka… seperti ada yang menyebabkan mereka “malu” untuk bercakap mengenainya.
Apakah perkara tersebut?
Ianya ibarat pedang yang dapat menjadikan ramai pembaca kepada pembeli… dan pembeli kepada klien untuk selama-lamanya.
Anda boleh lihat di laman blog John Chow. Dia menggunakannya tetapi setahu saya dia tidak pernah lagi bercakap mengenainya. Dia pernah bercakap tentang Ultimate Footer Ads, tetapi untuk Peel Away… tidak pernah sama sekali.
Jika pernah pun, dia melakukannya senyap-senyap supaya tidak ramai yang akan menggunakannya seperti dia. Mestilah, dia tahu bahawa jika terlalu ramai berkata tentangnya, kekuasaan iklan tersebut pastinya hilang dan dia tidak mahu perkara itu berlaku. Betul-betul rahsia.
Sebab itulah iklan tersebut sentiasa terpampang dengan megah di sebelah kanan blog beliau tanpa beliau berkara banyak (atau berlagak) mengenai iklan yang menarik di sebelah kanan atas blog beliau.
Zul dari Smart Usaha juga melaporkan bahawa Peel Away Ads telah, secara magiknya… meningkatkan conversion rate surat jualan beliau. Daripada 1% kepada 2%, sekali ganda peningkatan dengan hanya menggunakan Peel Away Ads sebagai penarik utama.
Menarik? Bagaimana pula anda? Dengan hanya tiga langkah mudah anda boleh mendapatkannya bekerja 24 jam sehari untuk anda. Satu, bayar. Dua, isi borang. Tiga, tunggu hasilnya di emel anda.
Ammar Zahar juga menggunakannya. Biar saya katakan, ianya seperti magik yang mampu menarik orang yang paling skeptik pun membeli. Adakah anda mahu ketinggalan… atau adakah anda tahu sesuatu yang dapat melakukan silap mata seperti Peel Away Ads?
Jadikan Peel Away Ads sebagai senjata anda kerana ianya memang berbaloi.
Berminat untuk mendapatkan Clickthrough Rate lebih tinggi di Google, sila layari Peel Away Ad Design Setup
Jika Saya Boleh, Anda Juga!
Semasa saya melayari forum Wangcyber, saya sering melihat orang baru bertanya, “macam mana nak buat duit online?” Sebenarnya, terdapat banyak cara untuk membuat duit online. Kita boleh buat… Adsense, eBay, Affiliate Marketing, Niche Marketing, Freelancing dan macam-macam lagi.
Tetapi, mereka seperti hilang arah dengan pelbagai produk yang berada di pasaran. Ada yang menyatakan Adsense itu adalah perkara terseronok selepas roti potong (the best thing since sliced bread). Ada pula yang kata affiliate marketing itu gerbang pintu kekayaan dan macam-macam lagi. Apa yang saya tahu ialah, mereka tidak patut tertipu dengan janji-janji manis mereka.
Mereka membuatnya seperti ianya senang… tetapi mereka sendiri mengambil masa yang lama untuk mempelajarinya. Mereka membuat pelbagai kesalahan sebelum mendapat untung melalui cara-cara yang mereka katakan sebagai gerbang kekayaan.
Indah khabar dari rupa. Rupa-rupanya buat duit online sama seperti bisnes lain. Ianya memerlukan fokus dan disiplin tinggi supaya dapat membuat duit.
Ingat senang ke untuk mendapat komisyen seperti ini?
Saya boleh katakan, tidak sama sekali. Saya terpaksa membina list sebelum saya mendapat wang sebanyak yang anda lihat itu. Mungkin juga ianya tidak banyak bagi anda… tetapi ianya cukup untuk membayar bil-bil dalam rumah saya.
Jika ada orang yang berkata kepada anda senang untuk membuat duit, katakan tidak. Katakan kepadanya bahawa membuat duit adalah sama seperti perniagaan lain, memerlukan fokus dan disiplin yang tinggi untuk berjaya.
Berminat untuk mendapatkan Clickthrough Rate lebih tinggi di Google, sila layari Peel Away Ad Design Setup
Peel Away Ads dan Anda
Ramai yang menyatakan kemahuan mereka menggunakan Peel Away Ads. Tetapi ramai juga yang tertanya-tanya…
Adakah Peel Away Ads sesuai dengan laman web mereka?
Jawapan saya ialah: ianya sesuai untuk digunakan dalam hampir semua jenis laman web atau blog seperti blog personal, blog kewangan, blog macam mana nak buat duit dan sebagainya. Peel Away Ads sesuai untuk sesiapa yang mempunyai produk atau affiliate produk yang mahu dipromosikan.
Contohnya jika anda ada satu produk affiliate. Katakanlah ianya Panduan Cinta. Anda buat iklan Peel Away Ads untuk produk tersebut. Anda pasang di blog anda dan jika anda mempunyai blog yang mempunyai trafik yang banyak, anda akan melihat jumlah jualan anda lebih tinggi daripada banner biasa yang anda letakkan di blog anda.
Kenapa? Kerana ianya lain daripada lain. Tidak ramai yang menggunakannya lagi dan inilah masanya untuk anda menggunakannya di blog anda.
Lihat, jika anda tidak menggunakannya, kemungkinan besar musuh anda akan menggunakannya dahulu sebelum anda dan apabila itu berlaku, susahlah anda untuk mendapatkan jualan. Dia mendapat unfair advantage dan mendapat kelebihan “iklan kupasan” jauh lebih awal daripada anda.
Adakah anda mahu perkara ini berlaku kepada anda? Saya pasti tidak. Anda dapat mengelakkannya daripada berlaku. Anda dapat bertindak dahulu sebelum dia. Dia, berbanding dengan anda, anda tahu lebih awal daripada dia.
Ambil peluang ini dan jangan lepaskannya. Dapatkan Peel Away Ads sekarang juga
Berminat untuk mendapatkan Clickthrough Rate lebih tinggi di Google, sila layari Peel Away Ad Design Setup
Bagaimana Untuk Meningkatkan Jualan
Apabila anda membuat satu-satu surat jualan, anda sering membayangkan betapa banyak jualan yang akan anda dapat daripada surat tersebut. Anda berangan-angan tentang jualan yang akan masuk seperti hujan turun, mencurah-curah turun daripada langit.
Malangnya, khabar indah tidak seperti rupa. Walaupun pada awalnya mimpi indah, tetapi mimpi indah itu terus hilang apabila anda meletakkannya di laman web anda. Seperti mimpi indah yang menjadi mimpi ngeri, anda telah membazir berjam-jam di meja belajar anda untuk menulis surat jualan… dan hasilnya tidak begitu memberangsangkan.
Kurang daripada 1% jualan anda berbanding pelawat yang datang. Anda harapkan lebih banyak, tetapi kurang yang anda dapat.
Apa salahnya?
Anda rasa surat jualan anda menepati prinsip AIDA (Attention, Interest, Desire, Action) tetapi surat jualan anda tetap tidak dapat menjual sebaik yang anda mahukan.
Rahsia sebenar dalam menjual di Internet bukanlah terletak di surat jualan yang hebat, tetapi di tangan trafik yang relevan.
Biar saya terangkan.
Bayangkan jika seseorang yang tidak berminat dengan buku masuk ke kedai buku. Adakah dia akan membeli buku-buku yang ada di kedai buku… atau dia di sana untuk melakukan perkara yang lain?
Dia hanya berminat untuk pergi rak alat-alat tulis dan membeli itu sahaja dan keluar. Itu sahaja yang dia minat.
Dia tidak akan menyentuh buku-buku yang berada di rak buku. Sama juga di Internet. Jika dia tidak berminat dengan apa yang anda tawarkan, dia akan beredar begitu sahaja. Dia tidak akan kisah dengan apa yang anda lakukan. Dia hanya di situ untuk membeli apa yang dia mahu.
Jadi, cara terbaik untuk mendapatkan jualan adalah dengan menndapatkan trafik yang berminat dengan apa yang anda tawarkan. Tak guna anda mengupah penulis iklan dengan harga yang tinggi tetapi trafik yang anda dapatkan tidak berminat dengan apa yang ditulis di surat jualan tersebut.
Berminat untuk mendapatkan Clickthrough Rate lebih tinggi di Google, sila layari Peel Away Ad Design Setup
Bagaimana Untuk Mendapatkan Trafik?
Dalam salah satu artikel yang telah saya tulis, saya membincangkan tentang betapa pentingnya mempunyai trafik yang relevan.
Persoalan yang timbul ialah: bagaimana untuk mencari trafik yang relevan dan berminat dengan apa yang anda tawarkan? Terdapat pelbagai teknik yang ada di Internet dan kebanyakan mereka memberikan anda trafik yang tidak berkualiti, dan ada juga langsung tidak berbaloi.
Antaranya ialah pakej yang menawarkan 1 juta “hits” kepada laman web anda. Pakej tersebut memang tidak berbaloi kerana menggunakan bot komputer untuk melakukan apa yang dijanjikan.
Terdapat beberapa cara sebenarnya untuk mendapatkan trafik. Salah satu cara adalah dengan menggunakan forum.
Forum? Ya. Forum sebenarnya adalah senjata yang mampu membantu anda membina momentum untuk perniagaan online anda. Cuba anda lihat sendiri di forum Wanita Niaga. Anda dapat melihat pelbagai produk dijual di sana oleh pelbagai pihak.
Di forum Wangcyber juga anda dapat melihat bahagian WTS (Want to Sell) penuh dengan produk untuk dijual. Anda boleh mulakan langkah anda mencari trafik yang berkualiti di situ. Selalunya jika ada orang yang reply atau membalas post anda di thread tersebut, selalunya dia berminat dengan apa yang anda tawarkan. Berikan URL ke surat jualan anda kepadanya.
Surat jualan jika betul-betul hebat mungkin boleh menyebabkannya daripada berminat, menjadi pembeli. Itu merupakan rahsia yang ramai orang simpan selama ini. Saya mengenali seorang penulis iklan yang saya telah upah… menggunakan cara yang sama ke atas saya untuk mendapatkan saya sebagai klien dia.
Dan jika dia boleh, anda pun boleh. Saya sendiri pun akan menggunakan kaedah yang sama untuk mendapatkan jualan. (Sebenarnya, saya dah pun! :D )
Berminat untuk mendapatkan Clickthrough Rate lebih tinggi di Google, sila layari Peel Away Ad Design Setup
|